Sunday, July 22, 2012

Khasiat Teh Hijau

semua orang suka minum teh?? ada yang suka, ada yang tak suka.. aku plak sedang2 ajer, asal rasa mood nk minum, aku minum.. tapi demi kesihatan yang sejahtera, aku dah mula berminat nk minum sejenis teh yang dipanggil teh hijau.. nak tau sebab apa???

jom layan khasiat2 teh hijau ni.. :



Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

Hai.. Selamat Berpuasa ;)

Assalamualaikum w.b.t..

Lama sungguh aku meninggalkan bidang penulisan nie.bukannya apa, sbb aku rasa takdak talent nk menaip, mengomong kat sini..tapi since aku dah rajin mengonline kan diri, so aku rasa tak salah nk jadi penulis tegar balik..btw post yang lama2 aku dah delete sbb aku rasa cam aku tulis syok sendiri plak, biarpun takdak orang baca blog aku.. Ada aku kesah???

hahaha... so sempena bulan Ramadhan 1433 H ni, aku ingin memulakan kembali sesi menimba ilmu, mengshare apa yang patot, mana tau hampa dok google, tup2 benda yang dicari tu ada dalam blog aku kan..

tapi apa2 pun nk wish dulu, Selamat Menyambut Ramadhan, semoga amalan kita dipertingkatkan dan mendapat keberkatan.. arini dah 2nd Ramadhan tau, sat ja masa berlalu.. haih...


Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."