semua orang suka minum teh?? ada yang suka, ada yang tak suka.. aku plak sedang2 ajer, asal rasa mood nk minum, aku minum.. tapi demi kesihatan yang sejahtera, aku dah mula berminat nk minum sejenis teh yang dipanggil teh hijau.. nak tau sebab apa???
jom layan khasiat2 teh hijau ni.. :
Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat.
Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang
atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda
memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip
penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki
nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua,
lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan
hari ini juga.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau
boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan
tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang
menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal
bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata
yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia
membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada
pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat
lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit
dan pelembap kulit.
Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan
memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau
akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak
menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini
dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa
dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam
saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta
menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau
mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan
lemak arteri dan kolesterol.
0 komen:
Post a Comment